Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah ambulans dari arah belakang, berhampiran Kampung Permatang Pauh, Jalan Kangar – Alor Setar.
Dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, mangsa Siti Faieza Idzuana Abdullah, 19, dari Utan Aji, di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang membelok ke kanan menuju sebuah rumah sebelum didatangi ambulans dari arah belakang.
Ambulans Klinik Kesihatan daerah Kangar yang dipandu lelaki berusia 27 tahun itu, dipercayai cuba mengelak namun terlanggar bahagian kanan motosikal mangsa.
Perlanggaran itu mengakibatkan mangsa terseret sejauh 15 meter, manakala ambulans berkenaan tebabas ke dalam parit di sebelah kanan jalan.
Pemandu ambulans berkenaan, bagaimanapun, hanya mengalami sakit di bahagian dada.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk bedah siasat.
Menurut Wari, tiada tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Salim Aziz
Tue Oct 29 2019
Mangsa Siti Faieza Idzuana Abdullah meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandu ambulans pula mengalami kesakitan di bahagian dada. - Gambar Astro AWANI
Paris 2024: Beasley elak latihan berlebihan
Kebanyakan atlet ketika ini meningkatkan rejim latihan mereka menjelang Sukan Olimpik paris 2024 namun ia berbeza buat jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.
Spesies monyet 'menghadapi kepupusan' ditemui di Jemoreng
Spesies monyet tersebut sebelum ini hanya ditemui di Taman Negara Maludam.
Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan
Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS mengalami kecederaan yang serius.
Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga
Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir.
‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli
Faisal kini menunjukkan tanda-tanda positif dan keadaan kesihatannya bertambah baik.
Hubungan utuh Malaysia-Singapura beri manfaat besar kepada ASEAN
Dengan kerjasama bersama Anwar, Singapura boleh tarik firma teknologi global ke rantau ini susulan perang perdagangan dan cip antara AS-China.
Enam cedera, tiga parah nahas empat kenderaan
Kesemua yang cedera di bawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Keluarga Faisal Halim kuat semangat - Adam Adli
Timbalan Menteri KBS, Adam Adli berkata, keluarga Faisal Halim berada dalam keadaan baik selain beliau turut dimaklumkan Faisal menunjukkan semangat yang tinggi untuk pulih.
Belia perlu ada integriti, harga diri dan maruah yang kuat - Adam Adli
Golongan belia perlu memiliki integriti, harga diri dan maruah yang kuat untuk muncul sebagai sebuah bangsa tidak kalah, tahan cabaran dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Pemandu lori ditahan seleweng 1,800 liter diesel
Pemandu lori kanvas yang membawa muatan minyak diesel disyaki tidak memiliki dokumen atau permit kebenaran daripada KPDN.
Tahun Melawat Perlis: Polis pastikan kawasan tumpuan pelancong selamat dikunjungi
Polis Perlis akan memastikan kawasan tumpuan pelancong di negeri itu terkawal dan selamat menjelang Tahun Melawat Perlis 2024-2025.
Isteri Mursyidul Am Pas meninggal dunia
Isteri kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini pada petang Khamis.
Suami isteri direman kes bunuh warga emas
Sepasang suami isteri direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas di Taman Cempaka Putih, Tambun Tulang semalam.
Petani mengaku tidak bersalah dera anak tiri
Seorang petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kangar hari ini, atas pertuduhan mendera anak tiri di sebuah rumah di Jejawi, Arau pada awal bulan Mac.
Tembakan bawah mata sebabkan isteri lans koperal maut serta-merta - Polis
Polis mengenal pasti satu das tembakan mengenai bawah mata kiri menyebabkan kematian isteri kepada seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal di Kangar.
Wadar dan rakan mengaku tidak bersalah edar dadah
Seorang Wadar Penjara bersama rakannya seorang penganggur berhadapan hukuman gantung kerana mengedar dadah di Beseri, Padang Besar.
Polis tahan enam 'transporter', rampas 270 ketulan ganja mampat bernilai RM668,300
Penahanan suspek berkenaan dilakukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Perlis.
Miliki tiga MyKad, lelaki direman
Lelaki berusia 26 tahun yang juga penganggur itu ditahan di rumahnya di Kampung Sena Hujung, kira-kira jam 9.30 pagi Khamis.
Maut dipukul dengan batang cangkul
Hanya kerana tidak diberi rokok dan duit, seorang penganggur sanggup hentak rakannya dengan batang cangkul.
Dihalau dari rumah, pencinta kucing serah 50 ekor kucing ke pusat perlindungan
Apa yang lebih penting adalah si comel kesayangan ada tempat berteduh dan makanan untuk mengisi perut.